Berita
"Saya Masih Ingat Yang Saya Sangat Bencikan Awak Sewaktu Sekolah Rendah" - Raysha Rizrose Imbau Kenangan Bersama Nelydia Senrose
Pelakon dan Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang kakak tiri, Nelydia Senrose dalam hidupnya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Raysha berkongsi semula kenangannya bersama Nelydia sewaktu melakukan aktiviti di sekolah rendah.
"Untuk musuh karib sepanjang hidup, saya masih ingat yang saya sangat bencikan awak sewaktu sekolah rendah kerana sewaktu saya pengsan semasa menjalankan aktiviti Pengakap, cikgu memanggil awak untuk membantu.
"Awak boleh datang dengan sebotol air dan memberi amaran kepada saya supaya saya hanya boleh minum dua teguk air sahaja ketika itu.
"Semasa itu, saya keliru namun ada benarnya, saya tahu awak sanggup berkorban untuk saya dalam masa yang sama.
"Terima kasih atas kenangan pahit dan manis yang kita bina sepanjang zaman kanak-kanak. Selamat hari lahir ke-25!” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen yang dikongsikan oleh Raysha buat kakak tirinya.
"@somuchwangi: Hahaha. Sabar jelah caption tu."
"@ayien_evofficial: Aalahai comenynya Raysha. Muka sebiji ye. Tak berubah time kecil pun dah comey. Patutlah besar cantik."
"@yukis: Alahaiii.... Kapsyen tu. Terhibur kejap baca. Biasala tu kakak buli adik namun dalam hati ada nilai kasih sayang tu."
"@deknaa_hassan:Hahahahahahah, banyak kali ulang video. hahaha nak buat apa sebenarnya @nelydiasenrose."
Rasya Rizrose merupakan adik tiri kepada Nelydia Senrose & Uqasha Senrose. Dia merupakan adik berkongsi ibu yang sama tapi berlainan bapa.