gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kisah Termakan Daging Khinzir, Syasya Rizal; "Saya Mengaku Salah Saya, Tapi Tudung Tak Ada Kena Mengena..."
HIBURAN
AC Mizal Ucap Terima Kasih Pada Ajai, Mohon Netizen Jangan Salah Faham - “Tiada Sakit Hati, Kami Masih Baik”
HIBURAN
"Rasa Macam Disula ..." - Fizie Tak Malu Mengaku Derita Buasir, Kini Jadi Duta Produk Usus
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Saya Masih Suami Orang" - Hisyam Hamid

Gempak
Gempak
18/10/2023
08:20 MYT
Sponsor Banner
"Saya Masih Suami Orang" - Hisyam Hamid
Jarang berkongsi momen romantis, pelakon Hisyam Hamid menafikan dakwaan sebilangan pihak bahawa dan dia dan isteri, Rosmawati Hanafi sudah bercerai.
Hisyam, 38, berkata, pendekatan diambil bagi menjaga nilai eksklusiviti adalah dengan tidak terlalu berkongsi hal peribadi dalam media sosial yang menjadi ‘lubuk makanan’ cerita netizen.
“Tiap-tiap bulan ada artikel pasal isu ini tentang saya dan isteri. Saya masih lagi suami orang. Macam saya cakap, dah kurang sikit ‘post’ atau kongsi benda-benda (berkaitan peribadi).
“Bahkan dengan anak-anak pun, sekali sekala saya akan kongsi macam baru-baru ini, masak sama-sama dengan mereka. Memang dah kurang masa main media sosial,” katanya kepada HibGlam pada acara media junket siri terbaharu lakonannya, That Cover Girl di Kuala Lumpur.
Jelas Hisyam yang merupakan aktor kelahiran Singapura itu, media sosial adalah satu platform yang amat berbahaya kalau terlebih berkongsi kepada khalayak.
“Berbahaya juga saya sebab kalau cerita atau kongsi lebih (hal peribadi), kita punya algoritma atau reach (kesampaian) menurun nanti dalam media sosial.
“Sebab klien pun tengok benda-benda macam ini (sebelum bagi job). Dengan isteri, baru-baru ini anak saya bergraduasi dan adalah momen yang saya kongsikan. Ada sebab untuk ‘post’.
“Kalau di rumah tengah lepak minum kopi, tak kot (saya kongsi),” jelasnya.
Terdahulu, Hisyam pernah menafikan rumah tangganya kepada media Malaysia rumah tangganya bergolak hanya disebabkan jarang berkongsi momen manis bersama isteri. Katanya, tidak semua hal peribadi perlu menjadi tatapan netizen dalam gelanggang media sosial.
Hisyam bergandingan dengan Siti Saleha, Aiman Hakim Ridza dan Alicia Amin dalam siri That Cover Girl arahan Abid Hussain yang bakal mula ditayangkan menerusi Prime Video Malaysia bermula 19 Oktober ini.
Sumber: HibGlam Kosmo!
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#cerai
#Hisham Hamid
#Isteri
#Nafi
#Cover Girl
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement