,
Berita

"Saya Memang Beli 6 Troli, Tapi..." - Eina Azman Berang Dituduh Pentingkan Diri, Belanja Tak Fikir Orang Lain

ZULHILMI JALIL
24/03/2020
04:40 MYT
Pelakon Datin Eina Azman menempelak netizen yang mendakwa dirinya bersikap mementingkan diri apabila dilihat membeli barangan keperluan secara berlebihan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Menurut Eina, dia mengakui memang ada membuat pembelian sehingga enam troli, namun, itu bukanlah untuk kegunaan dirinya sendiri, sebaliknya, keperluan bagi tiga buah keluarga.
"Pertama sekali, saya memang beli enam troli (barang keperluan harian), sebab saya beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan untuk adik ipar saya yang berkeluarga besar. Jadi apa masalahnya?
"Saya tak fikir orang??? Kalau saya tak fikir orang, saya takkan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin haritu. Maaf, bukan nak riyak atau apa," jelasnya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut, Eina turut memuat naik paparan komen daripada individu yang mempertikaikan tindakannya itu.

Salam semua. Saya rasa this girl nak famous or maybe mmg suka nak bercerita hal orang. @nadiah_musa95 apa masalah awak nak tag nama saya Dan comment psl saya di ig kawan saya @bettyrahmad ? 1st saya mmg beli 6 troll sebab saya beli untuk 3 buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan untuk adik ipar saya yang berkeluarga besar? Jadi apa masalah nya? Saya tak fikir orang??? Kalau saya tak fikir orang. Saya takkan bagi bantuan makanan utk 100 buah rumah sebelum quarantine haritu. Maaf bukan nak riak atau apa2. Saya tanpa ada masalah apa2 pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama. So pls mind ur own business! Jangan tau nak mengata dan bercerita hal orang. TQ n #untuksemuayangberceritaTentangSayaBeli6troli #StaySafeEveryone

A post shared by ???? ????? (@eina_azman) on

Katanya, lagi, dia kecewa dengan sikap segelintir manusia yang suka menabur fitnah untuk memburuk-burukkan orang lain.
"Saya tanpa ada masalah apa-apa pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama. Jadi, tolong jangan sibuk urusan orang lain. Jangan tahu nak mnegata dan bercerita hal orang," pintanya.
Perkongsian Eina itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya termasuklah rakan artis.
"Ada penyakit hati tu, apapun terima kasih sebab selalu bantu orang-orang yang memerlukan," tulis Bella Astillah.
"Itulah, kadang-kadang sebab malas orang perhati, pergi sampai dua pasar raya, sebab satu pasar raya untuk dapur sendiri, satu lagi mama papa. Takut mata-mata macam ni lah fitnah bukan-bukan," komen Nad Zainal.
Terdahulu, seorang pengguna Instagram dikatakan meninggalkan komen tersebut di salah satu posting di akaun sahabatnya, pelakon Betty Rahmad.
Apapun, jangan lupa, saksikan drama lakonan Eina Azman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Unitar