Penerbit berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi video beliau mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Menurut Tiara, beliau sememangnya takut dengan jarum suntikan, namun menjalankan tanggungjawab dan tidak mahu membazirkan dos vaksin yang disediakan kerajaan.

"Saya tak bazirkan suntikan saya, sesiapa yang kenal saya tahu saya memang takut jarum.

"Tapi, apabila tiba waktu saya mendapatkan suntikan vaksin ini, saya alami pengalaman yang sangat positif," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Tiara juga memuji layanan yang diberikan oleh seorang petugas kesihatan terhadapnya di Pusat Pemberian Vaksin terlibat.

"Chan Kuan Hong, jururawat dari Hospital Selayang, seorang budiman, bercakap dengan saya penuh kesopanan, menjawab soalan-soalan saya.

"Dia tak kenal saya pun, tapi berikan layanan seratus peratus, chit chat sikit tahu tahu dah settle kena cucuk," kongsinya lagi.

Menerusi entri sama, Tiara menyeru orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 agar dapat kembali ke kehidupan normal seperti dahulu.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengikutnya, rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat Tiara.

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)