"Bertambah sakit saya tengok," demikian kata-kata Nor Amiza Che Kar, ibu kepada Allahyarham Danish, kanak-kanak berusia dua tahun yang lemas dalam longkang ketika menemaninya berniaga di tepi jalan baru-baru ini.

Tambah Nor Amiza, 38, dia merayu kepada orang ramai agar tidak menularkan video anaknya di media sosial.

“Saya merayu tolong jangan sebar video arwah semasa dijumpai. Hormat saya sebagai ibu arwah, saya sendiri tiada ambil video.

“Merayu sungguh-sungguh jangan sebarkan. Duduklah di tempat saya,” getusnya.
@mizachekar

♬ Instrumen Sedih - Yuda pratama

Kenyataan itu mendapat perhatian warganet di mana rata-ratanya menasihatkan orang ramai untuk menjaga perasaan keluarga mangsa serta mengucapkan takziah berkaitan pemergian arwah.


BERITA TRENDING: “Danish Balik Nak..." - Ibu Kanak-Kanak Jatuh Longkang Rayu Kepulangan Anak, Mohon Doa Semua Selamat

“Salam takziah untuk awak sekeluarga, terus kuat dan tabah, adik Danish tunggu awak dekat syurga,”

“Jagalah hati dan perasaan keluarga mangsa. Al-fatihah dan salam takziah,”

Innalillahiwainnalillahirajiun. Moga ibu arwah adik Danish tabah menempuh ujian..Amin.”

Beberapa hari lalu, tular tentang seorang kanak-kanak berusia dua tahun terjatuh ke dalam longkang sedalam 1 meter semasa menemani ibunya yang sedang berniaga.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Danish Mohd Faizal bagaimanapun ditemui meninggal dunia dalam keadaan terapung kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi asal oleh seorang individu yang memaklumkan perkara itu kepada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Melaka.

Sumber: TikTok