Laman Utama

“Danish Balik Nak..." - Ibu Kanak-Kanak Jatuh Longkang Rayu Kepulangan Anak, Mohon Doa Semua Selamat

gempak
Gempak
26/11/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
“Danish Balik Nak..." - Ibu Kanak-Kanak Jatuh Longkang Rayu Kepulangan Anak, Mohon Doa Semua Selamat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun disyaki lemas setelah terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter.
Dalam kejadian yang berlaku di Taman Goodwood, Bukit Palah, Melaka, mangsa, Muhammad Danish Mohd Faizal disedari hilang oleh ibunya, Nor Amiza Che Kar, 28, ketika sedang berniaga di kawasan berkenaan.
“Ketika sedang berniaga dengan keadaan hujan lebat tiba-tiba Danish hilang.

BERITA TRENDING: Tuduh Peniaga Jual Soft Cookie Kering, Pelanggan Narsistik Dikritik Warganet - “Dia Salah, Dia Nak Refund”

Sebelum itu, saya lihat dia sedang bermain, tidak lama kemudian dia tidak kelihatan,” kata ibu mangsa.
Sementara itu, Nor Amiza juga sempat memuat naik hantaran di Facebook memohon doa orang ramai supaya dia sentiasa kuat dengan dugaan yang dihadapi dan berharap Danish kembali ke pangkuannya.
“Saya mohon cukup hanya doakan saya kuat. Danish balik nak, ramai orang dekat sini tunggu kamu ni nak. Ibu tunggu Danish,” tulis Amiza.
Perkara itu telah meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya menunjukkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dan mendoakan kanak-kanak itu dijumpai dengan kadar segera.
“Allahuakbar saya dekat rumah ni yang sedih dan risau, Ya Allah selamatkanlah Danish,” tulis seorang warganet.
“Semoga dipermudahkan urusan pencarian. Juga kuatkan hati keluarga menghadapi kejadian ini,” tulis seorang lagi wargamaya.
“InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja,” tulis netizen.
Sekadar info, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan laporan tentang kehilangan Danish diterima pada 3.45 petang daripada bapa mangsa.
Setakat artikel ini ditulis, misi mencari dan menyelamat (SAR) Danish masih diteruskan walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Sumber: Sinar Harian/Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live