Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Merupakan Seorang Penghidap Disleksia Yang Mempunyai Banyak Kekurangan" - Haneesya Hanee

Rozaimi Zubaidi
01/11/2018 06:25 MYT
Pelakon drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek dan finalis Top 12 Dewi Remaja, Haneesya Hanee, mengakui dirinya merupakan seorang penghidap Disleksia (Dyslexia).

Menerusi entri di Instagram (IG), Hanee kekurangan yang ada pada dirinya bukanlah halangan untuk dia berjaya dalam bidang seni.

"Terima kasih kerana memilih saya sebagai finalist Dewi Remaja pada tahun ini.

"Saya layak dipilih kerana saya merupakan seorang Disleksia yang mempunyai banyak kekurangan.

Kenapa hanee rasa hanee layak menjadi 12 finalist Dewi Remaja! Apa yg korang rasa? Hanee layak tak? Cuba comment kenapa hanee layak? Doakn yg terbaik untuk hanee Okay korang! #majalahremaja #dewiremaja #dewi1819 #TeamHanee

A post shared by Haneesya? (@haneesyahanee) on


"Saya telah bangkit dan ingin berjuang membuktikan bahawa kekurangan bukan satu halangan untuk berjaya

"Saya bangga mewakili golongan Disleksia seperti saya di seluruh negara

"Saya harap agar semua, keluarga dan kawan-kawan dapat menyokong saya dalam Dewi Remaja," katanya.

Selain Haneesya Hanee, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Raja Azmi dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sementara itu jangan lupa juga untuk menyaksikan Program realiti Dewi Remaja yang akan bersiaran sebanyak lapan episod dan dihoskan oleh Scha Al-Yahya dan juri tetap Datuk Hans Isaac pada setiap hari Ahad pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 bermula 5 November ini.
#pelakon #Pelakon #Cik Reen Encik Ngok Ngek #Haneesya Hanee
;