Sukan

"Saya Minta Maaf!" - Safawi Rasid

gempak
Amri Hassan
04/03/2020
08:53 MYT
Sponsor Banner
"Saya Minta Maaf!" - Safawi Rasid
Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, tampil memohon maaf dan berjanji akan meningkatkan prestasi permainan di padang.
Kata Safawi, dia turut berterima kasih atas sokongan ramai selama ini terhadapnya.
"Kemenangan yang hebat buat JDT malam tadi (kelmarin). Dalam masa yang sama saya ingin minta maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya.
"Insya-Allah next game (perlawanan seterusnya) saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk Team (pasukan). Tanpa ada sokongan daripada anda semua, belum tentu saya boleh berada pada tahap ini," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Kejatuhan prestasinya itu turut mendapat perhatian pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan fokus pemain itu hilang selepas dikatakan berdepan tekanan apabila didesak untuk berkahwin daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin.
BACA: "Beri Tekanan Setiap Hari Suruh 'Boyfriend' Kahwin.." - TMJ Dedah Ada Pemain JDT Dipaksa Kahwin Oleh Teman Wanita
"Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh ‘boyfriend’ kahwin pasal takut terlepas, ‘boyfriend’ kaya, popular.
"Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu. Patut makin hancur ‘performance’ budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang," kata Tunku Ismail menerusi laman sosial Instagramnya.
Tunku Ismail pada masa sama mahukan Safawi supaya bangkit memberikan prestasi terbaik jika mahu kekal bersama pasukan itu.
Sehubungan itu juga, pelakon Syifa Melvin tampil memberikan kenyataan balas berhubungn dakwaan tersebut.
BACA: “Dia Tak Perform Atas Padang Tak Kena Mengena Dengan Personal” – Syifa Melvin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live