Hiburan
“Saya Muat Naik Foto Biawak Panjat Menara KL Sebab Saya Sunyi” – Ismail Izzani
Penyanyi Ismail izzani menarik perhatian peminat apabila memuat naik foto-foto rawak di laman sosial Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tiga foto tersebut, Ismail memuat naik foto ikan, apam balik dan biawak memanjat Menara Kuala Lumpur (KL) yang meninggalkan tanda tanya pada peminatnya.
“Sebenarnya bila kita hidup lonely, kita akan rasa macam kesunyian. Jadi yang teman saya masa tu adalah ikan, biawak dan apam balik.
“So saya muat naik lah gambar diorang. Tu kira macam appreciation post lah,” kata Ismail kepada Gempak sambil ketawa.
Ismail ditemui ketika menjadi tetamu bagi Anugerah Instafamous anjuran hurr.tv yang diadakan di Menara Suezcap, Kuala Lumpur pada Khamis.
Rata-rata netizen turut membuat spekulasi apabila mereka berpendapat adakah akaun Ismail telah digodam ataupun adakah ini konsep single terbarunya yang bertemakan haiwan.
Malah menurut Ismail, foto-foto tersebut tiada kena-mengena dengan sebarang gimik untuk lagu terbaru.
“Memang post tu berlaku secara random. Itu bukan gimik ataupun pra-promosi untuk apa-apa lagu baru”, ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan Instagramnya, dua foto rawak tersebut telah dipadam dan kini tinggal foto biawak memanjat Menara KL yang dibiarkan berada di garis masa Instagramnya.
“Kenapa saya padam yang lain dan tinggalkan foto biawak tu, sebab foto tu sangat unik. Biawak tu panjat Menara KL kot!
“Saya baca komen-komen yang mereka tinggalkan di foto biawak tu. Memang mengarut betul,” komennya lagi sambil ketawa.
Foto biawak memanjat Menara KL itu sehingga kini telah mendapat 40,000 likes dan menerima lebih 600 komen.
Must-Watch Video