Laman Utama
"Saya Nak Anak-Anak..."- Shuhada Harap Hak Penjagaan Anak-Anak, Hafiz Roshdi Tak Mahu Komen
"Saya nak anak-anak saya," kata isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebaik tiba di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor untuk proses memfailkan dua hadanah penuh dan sementara terhadap dua anaknya Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun sebentar tadi.
Difahamkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh difailkan Hafidz, 29, selaku plaintif pada 18 April lalu dengan menamakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sebagai defendan, manakala hadanah sementara atau interim pula difailkan.
Advertisement
Sementara itu, Hafidz yang mengenakan baju sut penuh berona biru lembut tidak mahu memberi sebarang komen ketika tiba untuk prosiding hari ini.
"No komen," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Difahamkan, hadanah interim pihak Hafidz untuk diberi hak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anak.
Mahkamah Rendah Syariah di sini juga menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada.
Shuhada memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Untuk rekod, Hafidz atau dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan iaitu Humairah dan Umar.
Must-Watch Video