Laman Utama
[VIDEO] “Ibu Minta Maaf… Tak Berjaya Lahirkan Uwais…” - Shuhada Menangis Sebak, Bukan Buka Aib Tapi Reda Dengan Takdir
Dugaan demi dugaan menimpa isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada, bermula dari penceraian sehinggalah keguguran anak ketiganya.
Shuhada menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram berkongsi isi hatinya tentang kehilangan anak tersayang.
Sambil mengalirkan air mata, Shuhada memohon maaf kepada arwah anak ketiganya yang diberi nama Uwais kerana tidak sempat dilahirkan ke dunia.
“Doktor cakap baby dah besar dah boleh bagi nama. Jadi saya pun dah borak dengan anak-anak… Saya nak panggil dia Uwais.
“Saya doa Allah redakan hati dengan takdir saya. Redakan hati anak-anak saya. Humairah kata Uwais tunggu kita bertiga dekat syurga kan ibu.
“Ibu minta maaf sebab ibu tak berjaya nak lahirkan Uwais ke dunia yang agak kejam ini,” ujarnya sebak.
Dalam hantaran yang sama, Shuhada juga menjelaskan dia bukan mahu membuka aib sebaliknya mencari kekuatan untuk meneruskan hidup baru bersama anak-anak.
“Biar Allah yang nilai, biar Allah yang tentukan. Shu dah lama reda apa yang berlaku. Bukan nak cari salah sesiapa dan bukan juga membuka aib sesiapa.
“Moga Allah membalas apa sahaja kejahatan dengan segala kebaikkan. Semoga kekuatan sentiasa di sisi Shu, Umar dan Humairah untuk teruskan hidup baru dengan insan insan yang baik selepas ini,” coretnya.
Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi telah membuat dua kali laporan polis terhadap Nurul Shuhada atas dakwaan isterinya sengaja menggugurkan anak ketiga mereka.
Must-Watch Video