Laman Utama

“Saya Nak Cakap Pun Sedih”- Bermula Daripada Iqra, Bandi Amuk Perjelas Mengapa Enggan Sertai Gegar Vaganza Sebelum Ini!

gempak
Hanafis Haris
12/11/2021
03:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Nak Cakap Pun Sedih”- Bermula Daripada Iqra, Bandi Amuk Perjelas Mengapa Enggan Sertai Gegar Vaganza Sebelum Ini!

Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Bandi Amuk akui dia sudah beberapa kali ‘dilamar’ pihak produksi untuk menyertai pertandingan tersebut.

Namun, menurut Bandi ada satu tanggungjawab perlu dilunaskan sebelum betul-betul bersedia memasuki GV8.

Jelas atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, dia sebenarnya menangguhkan hasrat itu kerana mahu memberi tumpuan sepenuha kepada pengajian Al-Quran.

Menurut Bandi, sejak 2017 lagi dia sudah memulakan pengajian tersebut.

“Saya ambil masa tiga tahun lebih untuk khatam. Dalam tiga tahun itu pihak produksi ada call tawar saya masuk tapi saya cakap memang tak boleh.

“Saya tak mahu abaikan, malah saya mahu habiskan juga pengajian. Sebab bila saya belajar mengaji secara ‘talaqqi’ atau bersemuka dan kemudian khatam, saya rasa satu kepuasan.

“Saya mengaji daripada Iqra sebab bila masuk ustaz tanya boleh mengaji tak? Saya cakap boleh baca.

“Ustaz tanya lagi nak baca dari surah Al-Baqarah ke? Saya cakap tak, saya nak dari Iqra. Saya start balik dari Iqra satu, dua sampai enam.

“Jadi bila khatam tu kita rasa puas hati. Aku mula dari bawah tau mengaji.

“Sekarang ni kita dah tau nak berhenti di mana, tempat nak dengung macam mana. Seronok sebenarnya kalau kita tahu dekat mana ‘patah-patah’ dia, kita akan mengaji dengan rasa...saya nak cakap pun sedih ni.

“Sekarang lepas solat, mengaji tu memang dah jadi rutin, jadi seronok,” katanya.

Ditanya bagaimana dia terdetik untuk memulakan pengajian secara bersemuka ini, Bandi menjelaskan dia memilih untuk mencintai akhirat.

“Kita manusia ni, kita kejar dunia boleh tapi jangan cinta dunia. Kita kena cinta akhirat,” katanya.

Untuk rekod, program realiti paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza muncul kembali untuk musim kelapan.

Bakal membuka tirai menerusi tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij Gegar Vaganza lapan (GV8) akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama.

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam GV8 ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.

BACA: Pertempuran Hebat 3 ‘Penjuru’, Ini Senarai 13 Bintang Gegar Vaganza 8!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024