Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Saya Nak Sangat Bertudung Tapi Takut…”-Tak Yakin Rezeki Tuhan, Noorkhiriah Imbas Ketika Hendak Berhijab

Syafiqah Jalal 20/08/2020 | 03:43 MYT
Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia pernah memberitahu seseorang yang dia bimbang untuk mula-mula berhijab kerana takut hilang pekerjaan dan kerjayanya sebagai pelakon.
Menurut Noorkhiriah ketika 10 tahun lalu, dia seperti tidak yakin dengan rezeki Allah.
Pelakon Nur itu mendedahkan mesej pesanan ringkas mengenai kembimbangannya itu di akaun Instagram miliknya.
“Nak berair ari mata rasanya, Nor (nama panggilannya) nak sangat dah bertudung sebenarnya cuma takut tak ada rezeki lepas ni. Nor tak yakin,” tulisnya 10 tahun lalu.
Norkhiriah menerusi entri tersebut turut memberi tahu akhirnya dia etap dengan keputusan untuk bertudung tanpa berfikir panjang.
“MasyaAllah dia simpan lagi mesej ni. Sembilan atau10 tahun punya mesej. Punyalah takut mula-mula nak berhijab ,ni namanya tak yakin dengan rezeki Allah..
“Akhirnya saya gamble je dik. Allah tutup 1 jalan, 10 jalan Allah buka.. Alhamdulilah hidup sampai sekarang walaupun dalam poket ada RM10..Salam Maal Hijrah...,” katanya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terinsipirasi dengan kisahnya berhijrah.
Noorkhiriah merupakan pelakon yang banyak membintangi drama TV sejak tahun 1999.
#pelakon #Berhijab #Bertudung #Pelakon #Berhijrah #noorkhiriah
;