Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi meluahkan rasa tidak puas hati apabila sebuah filem yang mengangkat dunia persilatan dikritik teruk oleh seorang YouTuber popular.Menerusi video berdurasi 40 minit dimuat naik di Facebook itu, Yusuf dilihat kecewa kerana filem itu seolah-oleh dihina dalam kalangan bangsa Melayu.

“Siapa saja boleh kritik, beri nasihat. Tiada masalah nak kutuk.

“Tapi ada kaedah untuk beri kritikan, jangan buat kritikan tidak membina. Ini kritikan yang menghina.

“Bila kita menghina dunia persilatan, menghina orang Melayu, hina orang Islam, kita kena ambil iktibar.

“Awak ni kalau nak bercakap tolonglah tengok-tengok sikit sebab diri dan jasad awak milik Allah. Yang awak nak hina ni bangsa awak sendiri, cakap melalui batas,” katanya.

Tambah Yusof, disebabkan itu, dia berhasrat untuk berjumpa duduk semeja dengan YouTuber tersebut.

““Saya nak jumpa saya nak berdepan dengan anda, Boleh saya datang ziarah untuk saya nak ta’aaruf berkenalan.

“Saya nak tahu sebab, bukan pergi nak pukul pun, kita tak pernah nak bergaduh,” katanya.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.


Terdahulu, YouTuber yang juga pengkritik filem itu memberikan rating 3/5 beserta emoji najis.

Menurut YouTuber tersebut, filem berkenaan agak teruk daripada segi sudut kamera, skrip, dan bunyi.