,
Hiburan

“Saya Nak Tapi Datuk Siti Mahu Ke?” - Mahalini

Mya Amri
15/01/2024
05:55 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini meluahkan hasrat untuk mencipta lagu buat mustika hati rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut Mahalini, dia sangat berbesar hati sekiranya hasratnya itu menjadi kenyataan satu hari nanti.
“Datuk Siti tentunya kerana dia merupakan penyanyi yang dikenali di Indonesia dan menjadi fenomena di sana.
“Saya mengalu-alu dan terbuka tetapi Datuk Siti mahukah? Kalau tanya saya sudah tentu saya mahu.
“Masa awal-awal kemunculan dahulu saya pernah bawakan lagu Datuk Siti di televisyen dan memang banyaklah namanya terdengar di mana-mana,” katanya.
Mahalini berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Lovechestra Mahalini bertempat di The Roomah, Publika pada Sabtu.
Dalam pada itu, mengulas mengenai Lovechestra Mahalini anjuran Kharisma Music International, Mahalini berkata konsert berkenaan turut menampilkan tunangnya, Rizky Febian sebagai penyanyi jemputan.
“Sebenarnya idea disebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu, saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.
“Sudah pastinya juga merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi. Apatah lagi, Malaysia begitu dekat di hati.
“Konsert ini dijadualkan berlangsung selama lebih kurang dua jam dengan hampir 15 sehingga 17 buah lagu.
“Persembahan itu nanti akan diiringi band saya sendiri yang dipanggil ‘Lini’ dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi,” katanya.
Selain Kharisma Music, konsert ini turut mendapat sokongan dari pengasas kosmetik Datuk Seri Alha Alfa, rakan radio rasmi, ERA, rakan deko,Kayangan Gallery, rakan penerbangan, Batik Air, dan rakan bersama, HAPM.
Tiket-tiket konsert terbahagi dalam beberapa kategori: Standing (RM279), Gold Seated(RM299), VIP Standing (RM399), VIP Seated (RM429) dan VVIP Seated (RM799).
Pembelian boleh dilakukan di laman web www.ticket2u.com.my/mahalini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siti Nurhaliza Syukur Terima Gelaran Biduanita Negara, Tiada Dalam Impian - “Bila Niat Kita Ikhlas Perkara Yang Bagus Akan….”

gempak
14/11/2024
12:55 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, beliau percaya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas pasti perkara-perkara baik akan datang kepadanya.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Dianugerahkan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Zahirkan Rasa Syukur - "Ini Lambang Penghargaan Semua Insan Seni Tanah Air"

gempak
13/11/2024
15:27 MYT
Dalam satu kenyataan media, pelantun yang popular dengan lagu Aku Cinta Padamu itu berkata beliau tidak melihat anugerah itu sekadar pengiktirafan kepada pencapaian kerja seninya semata-mata.
Hiburan

Mahu Kerjaya Kiki Fateha Berterusan Dalam Industri Muzik, Aepul Roza Bakal Hadiahkan Lagu Duet - “Saya Mahu Hubungan Bersama Kiki Akan…”

gempak
10/11/2024
13:55 MYT
Penyanyi Aepul Roza mendedahkan dia kini dalam proses untuk menyiapkan sebuah lagu duet bersama juara The Chosen One 2024 iaitu Kiki Fateha.
Hiburan

Charly Setia Band Pernah Simpan Hasrat Mahu Duet Bersama Allahyarham Saleem - “Di Malaysia Tiada Lagi Seperti Dia…”

gempak
07/11/2024
05:55 MYT
Vokalis Setia Band, Charly mendedahkan dia pernah menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dan berduet dengan Saleem Iklim (Allahyarham A. M. Salim Abdul Majeed) namun tidak kesampaian.
Unitar