Hiburan

Saya, Nia Hanya Berkawan Baik - Qi Razali

gempak
Syafiqah Jalal
04/01/2017
04:34 MYT
Sponsor Banner
Saya, Nia Hanya Berkawan Baik - Qi Razali
Pelakon Qi Razali akui hubungannya dengan seorang model bernama Nia, hanya boleh diistilahkan sebagai kawan.
Namun, Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 38 memberitahu dia akan ambil masa yang sesuai untuk berkongsi mengenai hubungannya itu.
“Kami baru berkawan sebenarnya, jadi tiada apa yang mahu dikongsi buat masa ini.
“Tunggulah waktu yang sesuai. Buat masa ini boleh kata kami berkawan baik sahaja,” katanya.
Kisah percintaan Qi mula mendapat perhatian apabila model wanita ini berkongsi gambar mesranya dengan pelakon filem Suami Ku Jatuh Dari Langit ini di laman Instagram peribadinya.
Tindakan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian Qi yang sebelum ini memberitahu dia masih berkawan dengan aktres Nelydia Senrose yang juga bekas kekasihnya.
Sebelum Nelydia, Qi juga pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan penyanyi antarabangsa, Yuna.
Sumber: Utusan Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live