Pelakon Shaheizy Sam mengumumkan secara rasmi sudah memulakan proses mengurangkan berat badannya sejak semalam.

Sam memberitahu perkara itu menerusi entri terbaru dengan memuat naik sepotong video pendek di akaun Instagramnya.

Menurut Sam, dia melakukan proses tersebut sebagai persediaan untuk penggambaran filem Polis Evo 3 tidak lama lagi.
“Saya nak infom hari ini, secara official saya dah start diet untuk filem Polis Evo 3 yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi,” katanya.

Ada berani?! Join Sam utk #20DaysChallenge and kita tengok result nanti. Kalau nak, Whatsapp +60102820252 cepat. Untuk 30 org terpilih je dulu. #Transformation #Diet

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


Berita gembira itu disambut baik oleh pengikutnya yang sudah lama mengingkan Sam kembali kepada bentuk badan Inspektor Khai iaitu watak utama Polis Evo.

“Dah ada shape, kejap ja kurus balik ni,” komen @muhammadhairieadam

“Come on bro... Ingat #inspektorkhai broo @shaheizy_sam,” sokong @khalil_amirruddin

“Siap la kalau Sam dah start. Jadi balik Inspektor Khai,” tulis @hazimibakeri

“Tak sabar nak tengok jadi transformer,” coret @syafaat.azli

Terdahulu, Sam sebelum ini juga pernah menjalani latihan selain mengambil masa sekurang-kurangnya selama 10 bulan untuk mendapatkan bentuk badan kekar bagi memenuhi tuntutan filem Polis Evo.