Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hollywood

“Saya Okay…” – Positif COVID-19, Idris Elba Nasihat Usah Panik, Duduk Rumah Dan Kuarantin

Mya Amri 17/03/2020 | 08:23 MYT
Pelakon terkenal Hollywood Idris Elba disahkan positif jangkitan COVID-19.
Berita itu diumumkan Idris menerusi video yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.
Menurut Idris, dia tidak mengalami sebarang simptom namun menjalani ujian COVID-19 kerana mempunyai kontak dengan seorang yang positif virus tersebut.
“Pagi ini saya disahkan positif Covid-19. Saya ok, tidak mengalami sebarang simptom tetapi terpaksa dikuarantinkan selepas saya mendapati kemungkinan terdedah dengan virus itu.
“Duduk di rumah dan kekal pragmatik. Saya akan kemas kini kesihatan saya. Jangan panik,” tulisnya.
Dalam pada itu, bintang berusia 47 tahun ini juga turut menasihatkan agar orang ramai menjarakkan diri dan menjaga kebersihan bagi mengekang penularan virus tersebut.
“Kita hidup dalam dunia yang berpecah-belah. Bagaimanapun inilah masanya untuk bersolidariti dan memikirkan tentang orang lain. Ramai yang terjejas akibat virus ini,” pesannya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Idris mendapat tahu mengenai keputusan positif individu tersebut pada Jumaat lalu dan terus meletakkan dirinya dalam tempoh kuarantin dan menjalani ujian serta-merta.
Sebelum ini Idris terkenal dengan wataknya dalam filem Beasts of No Nation, Thor, Pacific Rim dan siri televisyen Luther.
#pelakon #Pelakon #Idris Elba #COVID-19
;