Hiburan
"Saya Okey!" - Bibir Pecah & Gigi Patah, Naim Daniel Cedera Di Set Penggambaran?
Penyanyi dan pelakon muda Naim Daniel berkongsi sepotong video pendek di Instagramnya menunjukkan keadaan mulutnya berdarah sambil berjalan.
Kongsi Naim, keadaan itu sebenarnya disebebkan gigi bahagian hadapannya patah dan bibirnya terluka kesan daripada kemalangan kecil di set penggambaran Kahoe.
"Kahoe, hari ketiga di set. Saya okey, secara tidak sengaja gigi hadapan saya patah dan bibir saya pecah. Namun semuanya baik-baik sahaja," tulisnya ringkas.
Perkongsian itu mencetuskan rasa bimbang dalam kalangan peminatnya yang khuatir dengan keadaan pelantun lagu Sumpah itu.
Ngeri melihat situasi itu, ramai yang melayangkan ucapan agar Naim segera pulih daripada kecederaannya dan memohonnya agar lebih berhati-hati.
Malah, ada juga segelintir pengikut Instagramnya yang mengandaikan situasi itu sebahagian daripada babak dalam karya lakonannya.
Must-Watch Video