Berita

”Saya Penat Dengan Apa Yang Berlaku...”- Mia Sara Mahu Berhenti Berlakon

gempak
Syafiqah Jalal
29/01/2020
07:38 MYT
Sponsor Banner
”Saya Penat Dengan Apa Yang Berlaku...”- Mia Sara Mahu Berhenti Berlakon
Pelakon cilik yang kini meningkat remaja, Mia Sara Nasuha, 14, menyatakan hasratnya untuk berhenti berlakon.
Menurut Mia Sara, dia akui sudah tidak tahan berhadapan dengan perkara-perkara yang menjengkelkan di dalam karier lakonannya.
“Kalau Mia berhenti berlakon masih ada yang minat Mia tak? Korang minat mia sebab apa? Hanya sebab Mia berlakon ke? Kalau tak popular korang masih minat ke?
“Saya penat dengan perkara-perkara menjengkelkan yang berlaku di dalam bidang lakonan ini dan saya rasa saya patut berhenti berlakon,” katanya.
Mia berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Tambah Mia lagi, mungkin dia merancang untuk aktif melakukan video di laman YouTube sahaja.
“Mungkin buat YouTube video sahaja selepas ini. Korang tolonglah beritahu apa yang korang rasa tentang keputusan saya hendak berhenti berlakon. Mia nak tahu pendapat korang,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat pelbagai respon daripada peminat dan pengikut IG miliknya yang rata-rata menyokong apa sahaja keputusan yang dilakukannya.
Mia mula berlakon ketika seawal usia tiga tahun dan telah popular menerusi drama Nur Kasih.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live