Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

”Saya Penat Dengan Apa Yang Berlaku...”- Mia Sara Mahu Berhenti Berlakon

Syafiqah Jalal 29/01/2020 | 07:38 MYT
Pelakon cilik yang kini meningkat remaja, Mia Sara Nasuha, 14, menyatakan hasratnya untuk berhenti berlakon.
Menurut Mia Sara, dia akui sudah tidak tahan berhadapan dengan perkara-perkara yang menjengkelkan di dalam karier lakonannya.
“Kalau Mia berhenti berlakon masih ada yang minat Mia tak? Korang minat mia sebab apa? Hanya sebab Mia berlakon ke? Kalau tak popular korang masih minat ke?
“Saya penat dengan perkara-perkara menjengkelkan yang berlaku di dalam bidang lakonan ini dan saya rasa saya patut berhenti berlakon,” katanya.
Mia berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Mia lagi, mungkin dia merancang untuk aktif melakukan video di laman YouTube sahaja.
“Mungkin buat YouTube video sahaja selepas ini. Korang tolonglah beritahu apa yang korang rasa tentang keputusan saya hendak berhenti berlakon. Mia nak tahu pendapat korang,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat pelbagai respon daripada peminat dan pengikut IG miliknya yang rata-rata menyokong apa sahaja keputusan yang dilakukannya.
Mia mula berlakon ketika seawal usia tiga tahun dan telah popular menerusi drama Nur Kasih.

Gloomy Wednesday. Kalau Mia stop berlakon masih ada yg minat Mia tak? Korang minat mia sebab apa? Hanya sebab Mia berlakon ke? Kalau tak popular korang masih minat ke? I am tired with all the nonsense surrounding my career and I feel I should stop acting. Maybe buat YouTube video je kot after this. Korang please tell me how you feel about me quit acting ya?. Mia nak tau apa pendapat korang . . . #miayoutube #miasara #miasaranasuha

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on

#pelakon #Mia Sara #Pelakon #Berlakon #Berhenti Berlakon
;