"Saya Penat-Penat Pergi Gym Nak Kuruskan Badan, Suka Hati Cakap Kita Makan Produk Dia" - Zulin Aziz

Rozaimi Zubaidi
Oktober 17, 2018 08:10 MYT
Pelakon Zulin Aziz mengakui mengakui kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan gambarnya untuk melariskan produk jualan mereka.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zulin menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.
"Saya warning sekali lagi kepada mereka yang guna gambar saya lagi-lagi berkenaan produk kurus. Jangan ambil kesempatan boleh tak? Saya dah penatlah macam ini. Lepas satu,satu.
"Saya penat-penat pergi gym, nak kuruskan badan, suka-suka hati je cakap kita makan produk dialah, kita ni ikut plan diet dialah.
"Terima kasih @iamnajlaa bagitau aku. Aku stress macam ini. Tak baik tau meniaga tipu orang. Kang apa-apa jadi aku juga yang dipersalahkan.
"Selagi tak saman betul-betul selagi tu semua orang amik kesempatan. Jadi pemaaf pun salah, jadi tegas pun serba salah.
"Siapa nampak gambar saya dekat mana-mana iklan kurus selain produk saya tolong bagi tau please. Nak saman berjemaah. Boleh kaya aku! Dah geram sangat dah. Ni dah produk ke-4 orang guna muka saya, kali ni saya tak minta buat surat pemohonan maaf secara terbuka lagi dah. Senyap-senyap surat sampai kat awak nanti," tulisnya.
Rata-rata berharap agar Zulin segera mengambil tindakan terhadap individu tersebut kerana risau produk yang dijual oleh mereka bakal memberi kesan buruk terhadap namanya.
#pelakon #Zulin Aziz #Pelakon