gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Makin Menjadi-Jadi! Netizen Pelik Ibu Anna Jobling ‘Beria’ Buat Live - “Dia Nak Jatuhkan Karier Anak Dia Kot”
HIBURAN
Sissy Iman Titip Pesan Buat Anna Jobling, Kongsi Pengalaman 12 Tahun Diurus Ibu Bapa - "Saya Percaya Kasih Sayang Itu Masih Ada, Cuma Tersembunyi Di Sebalik Salah Faham"
HIBURAN
“Pernah Shooting Bersama, Kak KM Sebelahi Anna Jobling, Dia Memang Budak Baik” - Kak KM
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Sissy Iman Titip Pesan Buat Anna Jobling, Kongsi Pengalaman 12 Tahun Diurus Ibu Bapa - "Saya Percaya Kasih Sayang Itu Masih Ada, Cuma Tersembunyi Di Sebalik Salah Faham"

Amri Hassan
Amri Hassan
14/08/2025
00:25 MYT
Sponsor Banner
Sissy Iman Titip Pesan Buat Anna Jobling, Kongsi Pengalaman 12 Tahun Diurus Ibu Bapa - "Saya Percaya Kasih Sayang Itu Masih Ada, Cuma Tersembunyi Di Sebalik Salah Faham"
Ketika kemelut sedang memuncak antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Ayop, penyanyi dan pengacara Sissy Iman tampil menitipkan doa dan kata-kata semangat.
Menerusi hantaran di media sosial, biarpun Sissy dan Anna tidak pernah bertemu atau bekerja bersama, penyanyi itu memahami situasi yang sedang dilalui Anna.
"Saya tahu mesej ini mungkin terasa agak tiba-tiba terutama kerana kita tidak pernah benar-benar berbual sebelum ini.
"Namun dengan segala yang sedang berlaku sekarang, saya rasa terpanggil untuk menghubungi awak. Bukan untuk menghakimi atau memberi penyelesaian tetapi sekadar mahu memberikan sokongan moral.
"Sejak mula melangkah dalam industri ini 12 tahun lalu, ibu bapa saya sentiasa berada di sisi. Ketika lima tahun pertama di bawah syarikat pengurusan, mereka turut menguruskan segala urusan bersama.
"Apabila kontrak tamat, mereka mengambil alih sepenuhnya dan hingga hari ini, mereka masih di sini membimbing, menyokong dan kadang kala ada juga turun naiknya," tulis Sissy.
Sissy akui perasaan Anna yang rapat dengan ibunya, adakalanya indah namun berdepan pelbagai cabaran lain.
"Kasih sayang itu boleh jadi sangat kompleks indah dan penuh kuasa tapi adakalanya menyakitkan. Tidak mengapa untuk mengakui rasa letih. Tidak mengapa untuk rasa terbeban. Tidak mengapa jika keadaan terasa berserabut.
"Saya percaya kasih sayang itu masih ada. Mungkin tersembunyi di sebalik salah faham atau tenggelam oleh tekanan dan harapan tetapi ia tetap ada," tambahnya.
Sissy turut berkongsi pengajaran yang diperolehinya sepanjang menjadi anak seni yang kerjayanya masih diuruskan oleh ibu dan bapa.
"Seperti mana kita cuba menjadi anak yang baik, ibu bapa juga berusaha menjadi ibu bapa yang baik. Tiada siapa sempurna. Kita semua membawa ketakutan, pengalaman dan harapan masing-masing dan kadangkala semuanya bercanggah.
"Saya berdoa agar hati awak dan ibu kembali tenang. Saya juga berdoa agar apa sahaja yang bergolak antara kalian akan kembali pulih dengan penuh hikmah," ujarnya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)
Topic Berkaitan
#Viral
#Artis
#Sissy Iman
#Anna Jobling
#Parents
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement