HIBURAN

“Saya Pergi Scan Untuk…” - Nur Nilam Ortiz Tampil Beri Penjelasan Salah Faham Video Ultrasound

Ainun Md Zooki 16/03/2025 | 07:55 MYT
Isteri kepada Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz tampil menjelaskan kekeliruan mengenai video imbasan ultrasound yang dimuat naik oleh suaminya di media sosialnya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, aktres itu menegaskan dia tidak hamil, tetapi dia hadir ke pusat rawatan tersebut adalah untuk menjalani imbasan dan pemeriksaan kesihatan.

“Memang tak nampak pun kantung pun. Sebab saya bukan mengandung. Saya pergi scan untuk nak tengok fibroid dan cyst je. Bukanlah scan untuk mengandung.

“Bila saya upkan video tu ramai yang salah faham yang kata saya mengandung,” katanya menerusi video di TikTok.

Mengulas lebih lanjut, Nilam menyatakan sebab dia memuat naik video tersebut kerana Azlan Komeng meletakkan gambarnya di belakang telefon dia, yang membuatkan dia berasa sangat terharu.

“Modus operandi saya adalah suami saya ambil video saya, Dekat belakang telefon dia tu ada gambar saya. Itulah yang saya macam wahh, ada gambar saya.

“Boleh upkan video ni sweet gitu. Bukannya nak tunjukkan saya mengandung,” jelasnya.

Bagaimanapun, Nilam turut berterima kasih kepada netizen yang sentiasa mendoakan dia dan suaminya dikurniakan zuriat.

“Perancangan itu ada. Alhamdulillah ramai yang doakan saya. Terima kasih. Cuma itulah saya tegaskan yang saya tak mengandung,” kongsinya.

Terdahulu, Azlan Komen dan isterinya Nur Nilam Ortiz mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

BERITA BERKAITAN: Kongsi Video Seakan Buat Imbasan Ultrasound, Netizen Syak Isteri Azlan Komeng Hamil - “Kena Gaduh Dulu Ya kak, Tup Tup Mengandung”

BERITA BERKAITAN: Azlan Komeng Mohon Netizen Tidak Campur Tangan Isu Rumah Tangga - “Tidak Perlu Mengapi-Apikan Isteri Saya Untuk…”

BERITA BERKAITAN: “Nilam HQ Ini 100 Peratus Saya Punya” - Isteri Dedah Azlan Komen Tiada Harta

BERITA BERKAITAN: Teruja Beritahu Sudah Tempah Dewan Kahwin, Nur Nilam Terus Block Bakal Madu - “Mungkin Dia Fikir Abang Lan Banyak…”

#Mengandung #Tak #Penjelasan #Tampil #Nur Nilam Ortiz #beri