"Saya Perhati Je Pelakon-Pelakon Baru Nak Up Ni, Berlakon Pun Macam Kayu" - Boy Iman

Kamaruddin Razal
Januari 14, 2019 10:40 MYT
Pelakon dan penerbit Datuk Boy Iman mengimbas kembali kenangan ketika dicalonkan sebagai finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002.
Boy berkongsi memori terbabit menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Huhuhu... Ada peminat bagi saya. Ketika ini dia masih bersekolah dan dia mengaku yang dia undi saya dan paksa kawan-kawan, family dan sedara mara undi saya untuk saya menang atau tercalon top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002.
"Masa ni zaman kegemilangan saya, rebutan produser, pengarah dan rakan-rakan media. Rebutan gadis-gadis tak payah cakaplah. Peminat ramai, awek ramai, adik-adik pun ramai minat saya masa ni.
"Bagilah can saya nak poyo sikit, bukan selalu... Sebab tu saya tak heran dengan budak-budak baru nak up ni, baru berlakon satu dua drama pastu meletop dah "kerek" dgn kita artis senior ni.
"Jumpa artis lama pun tak nak hormat. Nasib baiklah saya ni produser, ada gelaran "Datuk" dan "Paduka Ayahanda". Kalau tak dengan dengan saya dia langgar dan berlagak," kata Boy.
Boy turut memberikan pandangan terhadap pendatang baru yang disifatkan 'berlakon macam kayu'.
"Saya perhati je pelakon-pelakon baru nak up ni, berlakon pun macam kayu. Harap followers je ramai dekat Instagram dan media sosial. Itupun ada yang lupa diri, sombong dengan peminat dan rakan-rakan media.
"Kalau bukan kerana mereka awak pun bukan siapa-siapa. Apa-apa pun satu je saya nak ingatkan, industri ini kecik aje dan bermusim. Ada masa awak diatas dan ada masa awak dibawah.
"So prepare la apa yang patut bila time tu tak laku, tak ada peminat dan jangan jadi masa tu tak ada apa-apa.
"Yang penting ilmu lakonan tu kena cari dan gali supaya mutu lakonan seiring dengan populariti yang dikecapi," katanya.
Tambah Boy, dia juga pernah melakukan kesilapan dengan meninggalkan sesi pembelajaran kerana mahu fokus menjadi seorang pelakon.
"Saya first berlakon umur 16 tahun, habis SPM datang KL kejar cita-cita. Semakin serius masa umur 20 tahun, masa tu masih study di Akademi TV3.
"Saya pun ada buat silap dengan tinggal belajar dan fokus jadi pelakon sepenuh masa pada umur 21.
"Umur 22 tahun dapat masuk Top 5 walaupun tak menang tapi ia satu pencapaian yang hebat ketika itu tanpa adanya media sosial, tanpa adanya kelab peminat rasmi ketika itu.
"Terima kasih pada semua yang pernah menyokong, membenci saya dalam industri hiburan tidak kisahlah anda pekerja industri, peminat, rakan wartawan dan sesiapa sahaja.
"Saya sangat hargai kerana tahun ini menjadikan saya hampir 19 tahun dalam industri dan saya masih berada disini walaupun tidak seaktif dulu sebagai pelakon.
"Masih bergelar produser, penyanyi dan masih ditawarkan berlakon," kata Boy panjang lebar.
Boy mengecapi populariti menerusi telefilem versi VCD. Blok 404 sekita tahun 2003.
#pelakon #Pelakon #Boy Iman