Skip to main content

Berita Tempatan

Saya Perlu Bekerja Keras Walaupun Sampai Jatuh Sakit - Izreen Azminda

izreen_1.jpg
Pelakon Izreen Azminda mengakui perlu bekerja keras walaupun jatuh sakit demi anak lelaki tunggalnya, Muhammad Adrian Umar, 4. 

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 32, berkata, berstatus ibu tunggal sejak empat tahun lalu, dia sudah biasa menguruskan semua perkara ini untuk keluarga dan memberi tumpuan kepada kerjaya seninya.

"Sejak dari awal tahun sehinggalah sekarang, saya memang sibuk dengan kerja ditambah pula dengan tanggungjawab menguruskan keluarga serta anak.

"Saya tidak boleh duduk senang lenang kerana komitmen saya setiap bulan sangat tinggi tambahan pula saya seorang yang bekerja untuk menanggung keluarga.

"Saya tak ada life yang normal seperti orang lain. Bukan saya tidak seronok dengan kehidupan saya sekarang tapi kadangkala saya teringin juga jadi seperti mereka yang sering pergi bercuti bersama rakan-rakan.

"Tapi saya tahu saya perlu berkorban dan menyimpan dulu semua keinginan saya kerana saya perlu bekerja keras demi membesarkan anak yang sudah bersekolah serta menjaga ibu saya yang kini kurang sihat," katanya kepada Astro Gempak.

Izreen  berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran filem Blok 404 yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi

Must-Watch Video

Advertisement