“Saya Pernah Jadi Isteri Seperti Dia” - Rita Rudaini Jumpa Isteri Pertama Ude

Kamaruddin Razal
Mac 15, 2018 00:17 MYT
Entri terbaru yang dimuat naik oleh aktres Rita Rudaini di laman Instagram miliknya menarik minat netizen.
Rita memuat naik gambar pertemuannya bersama madu kepada aktres Izreen Azminda, Intan Liana Saleh.
Selain Intan, pertemuan itu turut disertai oleh kakak Intan, Roza Saleh dan aktres Nazia Mustafar yang merupakan ipar kepada Intan.
“Saya pernah jadi isteri seperti dia,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Nazia turut memuat naik foto pertemuan tersebut dengan kapsyen ‘wanita perkasa’.
Sebelum ini, menerusi laporan sebuah portal berita, Rita yang merupakan sahabat baik kepada Izreen kesal apabila dirinya turut menjadi mangsa kritikan ‘haters’.
Semuanya berlaku apabila Izreen dan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, memilih untuk memadam akaun Instagram mereka.
Tegas bintang Misi Laksa dan Laksam ini, dia tidak terbabit dalam hal rumah tangga Izreen dan memohon orang ramai tidak menuding jari terhadap dirinya atas apa yang berlaku.
"Memang kami berkawan, namun tidaklah sampai hal peribadi pun saya hendak masuk campur. Apabila kita sudah memberikan nasihat, yang selebihnya terpulang pada individu itu sendiri,” kata Rita.
Ude dijangka bakal menceraikan Intan pada 22 Mac depan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Pemuzik yang terlibat dengan program Gegar Vaganza itu memfailkan permohonan cerai tersebut pada 30 November tahun lalu.
Foto: Instagram Rita & Nazia
#pelakon #Rita Rudaini #Pelakon