Berita

"Saya Pernah Melalui Pengalaman Ini, Suami Digoda Oleh Isteri Orang Yang Curang, Tetapi ......" - Amyza Aznan

gempak
Rozaimi Zubaidi
17/05/2019
00:00 MYT
Sponsor Banner
"Saya Pernah Melalui Pengalaman Ini, Suami Digoda Oleh Isteri Orang Yang Curang, Tetapi ......" - Amyza Aznan
Pelakon Amyza Aznan mengakui tersentuh dengan kisah perceraian yang dialami oleh pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Amyza berkongsi kisah yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu bersama suaminya.
"Hiba hati ni, ye la. Mereka pernah mencintai dan dicintai antara satu sama lain. Kerana leka jadi macam ni.
"Kak Kaaia pernah melalui pengalaman ini, suami kak kaaia digoda oleh isteri orang yang curang. Tetapi Alhamdulillah, suami Kak Kaaia tahu menilai kaca atau permata dan diberi akal yang waras untuk memilh Kak Kaaia sebagai wanita, ibu juga sebagai isterinya.
"Peluang kedua yang Kak Kaaia bagi dia hargai dan tidak persiakan. Juga, kami berdua tidak terhasut oleh sesiapa juga yang cuba nak provoke.
"Buat Aliff jika ada lagi peluang, buktikan peluang tidak datang sekali dan Bella berilah seribu kali lagi peluang sekali pun kerana peluang itu tiada salahnya.
"Jangan rasa serba salah kerana dalam buruk dia, pasti ada baiknya. Kebaikan dia hanya @bellaastillah yang tau kan," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Amyza dan mendoakan kebahagiaannya bersama suami.
Semalam, Bella sah bercerai talak satu dengan Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sehubungan itu mahkamah memerintahkan Bella beredah sebanyak tiga kali suci dan mahkamah memerintahkan sijil nikah mereka dibatalkan.
Aliff turut bersetuju untuk membayar nafkah anak sebanyak RM1,000 sebulan yang akan dimasukkan ke akaun Bella bermula Mei 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live