Hiburan

"Saya Pernah 'Repeat Paper' Ketika Semester Pertama.." - Kucaimars Dapat Diploma

Zulaikha Yusof
08/11/2019
04:00 MYT
Penyanyi Kucaimars, 22, menerima Diploma Teknologi Kreatif (Teater) di Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM) semalam.
Kucaimars yang merupakan peserta program realiti Big Stage 2019 mendedahkan pernah 'repeat paper' pada semester pertama namun berjaya menebus kembali kesilapannya.
"Saya sangat gembira kerana tidak hanya menumpukan kepada bidang nyanyian sahaja namun berjaya menghabiskan pengajian.
"Banyak liku-liku yang saya perlu hadapi sepanjang tiga tahun setengah itu. Dengan tugasan bertimbun yang perlu dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
"Saya pernah 'repeat paper' ketika semester pertama kerana pada awalnya berasa tidak minat dengan pilihan jurusan tersebut," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah pelantun lagu Khayalan ini, pengajiannya tidak hanya terhenti di sini kerana akan meneruskan pembelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda.
"Insya-Allah jika diberi rezeki dan peluang saya akan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama.
"Namun nyanyian tetap akan diteruskan kerana minat saya dalam muzik dan seni persembahan amat mendalam dalam diri ini," katanya lagi.
Majlis konvokesyen itu dihadiri oleh ahli keluarga, rakan rapat dan peminat setianya, Kucaiyang.
Terdahulu, Kucaimars berkongsi foto sekitar majlis graduasinya di Instagram (IG) miliknya.
Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah daripada rakan rapat dan pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.