"Saya Pilih Jadi Kaya Daripada Popular" - Hairi Safwan Akui Diri Sudah Bergelar Jutawan
ZULHILMI JALIL
16/12/2019 11:55 MYT
16/12/2019 11:55 MYT
Pelakon Hairi Safwan mengakui bahawa dirinya kini sudah bergelar jutawan selepas fokus menjalankan bisnes sejak dua tahun kebelakangan ini.
Hairi atau nama sebenarnya, Mohd. Hairi Safwan Aznan, 31, berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan produk makanan tambahan yang sudah diusahakannya sejak 2014.
"Saya dan rakan mengasaskan produk berkenaan lima tahun lalu. Cuma, masa mula-mula itu memang agak perlahan.
"Bagaimanapun, bermula dari tahun lepas, saya sudah mula capai target dalam bisnes. Bolehlah nak kata bergelar jutawan," katanya.
Juara program realiti Anak Wayang berkata demikian ketika ditemui sewaktu pelancaran produk TKO Nutrition yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Menurut Hairi lagi, biarpun semakin sibuk dengan perniagaan, itu tidak bermaksud dia mahu memperlahankan karier seninya.
"Siapa yang tak mahu berehat kalau ada duit kan. Cuma, kalau tanya saya nak popular ke kaya. Lebih baik saya pilih kaya daripada jadi popular.
"Apapun, saya masih lagi berlakon sebab hobi kot. Cuma, empat bulan lepas, saya rehat sekejap sebab nak fokus jaga anak yang menjalani pembedahan tonsil," jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon yang bakal muncul dengan filem Busut Bonang itu memberitahu, keuntungan hasil perniagaan itu juga dilaburkan untuk kegiatan seni termasuklah penerbitan teater.