Hiburan

"Saya Pun Ada Rasa Lonely" - 8 Tahun Menjanda, Oktovia Manrose Tak Menggelupur Cari Suami Baru!

gempak
Amri Hassan
02/09/2020
06:15 MYT
Sponsor Banner
"Saya Pun Ada Rasa Lonely" - 8 Tahun Menjanda, Oktovia Manrose Tak Menggelupur Cari Suami Baru!
Biarpun sudah lapan tahun hidup menjanda, pelakon Oktovia Manrose tidak tergesa-gesa untuk mencari pengganti.
Kata Oktovia, 28, dia bagaimanapun tidak serik untuk berkahwin lain sekiranya bertemu dengan jodoh yang sesuai.
"Saya tidak terlalu memikirkan tentang perkahwinan pada masa sekarang... Mungkin disebabkan pengalaman dahulu membuatkan saya lebih senang untuk berada dalam ‘comfort zone’.
"Tetapi saya tidak serik untuk berkahwin lagi sebab saya pun ada juga rasa lonely (sunyi) tapi mungkin sebab saya ada anak dan ahli keluarga lain yang buat saya tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu," katanya.
Dedah Oktovia, dia pernah dua kali menjalinkan hubungan selepas bercerai namun tidak bertahan lama.
"Saya pernah menjalinkan hubungan dua kali selepas bercerai. Bagaimanapun, perhubungan ini tidak ke mana.
"Bukan trauma mahu berkahwin semula, tetapi selagi lelaki tidak menunjukkan kesungguhan dan serius dalam perhubungan, saya akan bersikap seperti biasa dan tidak berlebihan.
"Setiap kali berdoa, saya sentiasa memohon dipertemukan dengan jodoh baik.
"Melihat adik, Aprena Manrose bertemu jodoh dengan lelaki baik dan memahami sudah tentu saya mohon ditemukan jodoh baik.
"Andai ditakdirkan hati saya sudah terbuka menerima lelaki dalam hidup, saya tidak akan bercinta lama dan mahu terus berkahwin," tambahnya.
Pelakon filem Minah Moto itu berkahwin pada 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Rayyan Zafariel namun telah bercerai dua tahun kemudiannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024