"Saya Pun Dah Tua, Tak Tahu Sampai Bila Akan Hidup" - To'ki Tak Kisah Tak Terima Bayaran Ajar Orang Menyanyi
Ernalisa
15/09/2024 03:55 MYT
15/09/2024 03:55 MYT
Penyanyi To'ki mengakui dia pernah tidak menerima sebarang bayaran ketika memberi latihan nyanyian kepada individu yang ingin menuntut ilmu dengannya.
Kata penyanyi yang popular dengan lagu Hampa itu, dia juga tidak kisah dan tidak meminta-minta sebarang bayaran kepada mana-mana individu yang berminat untuk belajar teknik nyanyian dengannya.
Kata penyanyi yang popular dengan lagu Hampa itu, dia juga tidak kisah dan tidak meminta-minta sebarang bayaran kepada mana-mana individu yang berminat untuk belajar teknik nyanyian dengannya.
BERITA BERKAITAN : Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”
BERITA BERKAITAN : Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama
BERITA BERKAITAN : “Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular
BERITA BERKAITAN : 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”
"Kalau saya cakap nanti orang cakap saya gila, tapi sungguh ada je yang tak bayar dan saya pun tak kisah.
"Kerana saya pernah susah, jadi pada saya tak mengapa ada rezeki lain. Sebab yang datang ini kebanyakan sudah ada asas dalam bidang nyanyian. Soal bayaran ini tak ada masalah sangat," katanya kepada Gempak.
Kata To'ki, sudah tiba masanya dia berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang berminat mendalami ilmu nyanyian.
Tanpa mengira umur dan latar belakang, dia berkata, tiada apa yang perlu 'dilokekkan' bagi memastikan mereka terutama anak muda yang berminat dalam dunia nyanyian dapat dimanfaatkan dengan ilmu yang dikongsi.
"Saya pun dah tua dan tak tahu sampai bila akan hidup jadi dengan ilmu yang sedikit ini biarlah saya kongsi kepada dengan sesiapa yang berminat selagi saya masih hidup.
"Sekurangnya bila saya dah tak ada, ada juga ilmu bermanfaat yang boleh saya kongsikan," katanya.