Penyanyi popular Misha Omar berpesan kepada peminat dan orang ramai agar sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Jelas Misha, dia memohon agar orang awam prihatin akan keadaan keselamatan semasa dan tidak membuat tindakan yang boleh merisikokan orang lain.

"Duduk rumah, jangan keluar. Duduk rumah faham tak duk umah? Kalau nak pegi kedai, pilih yang dekat dengan rumah. Jangan keluar, takpayahlah...

"Saya pun rindu Kelantan tu tapi saya tak balik kan... Tak lama lagi dah nak puasa raya dah, tak nak ke raya dengan tenang?" katanya menerusi sepotong rakaman video di Instagram Stories.

Dalam pada itu, Misha merayu agar orang ramai tidak menyalahkan mana-mana pihak susulan keadaan yang berlaku sekarang.

"Jangan salakan corona, kerajaan, apatah lagi Tuhan.

"Sebab sekarang ini semua bergantung pada diri adik (anda). Bukan saja jaga diri adik tapi kawan-kawan muslimin muslimat lain.

"Saya pun ada anak kecil, orang lain pun ada anak kecil.

"Kita kena sama-samalah perang 'benda' ni. Baca dan fahamkan, kalau tak faham tanya... tolonglah," rayu pelantun lagu Bunga Bunga Cinta itu lagi.

Wabak pandemik Covid-19 sehingga kini telah membunuh lebih 7,965 orang dari seluruh dunia.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!