HIBURAN
“Saya Pun Tak Tahu Mana Cerita Ini Datang” - Siti Nordiana Nafi Dah Kahwin Lain

Penyanyi, Siti Nordiana, 41, menafikan dakwaan sudah kembali bergelar isteri seperti yang tular baru-baru ini
Gosip kahwin tak benar
Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana berkata perkara itu tidak benar dan dia sendiri terkejut apabila mengetahui mengenai spekulasi berkenaan.
"Sejujurnya saya terkejut dan pernah terbaca artikel tentang perkara itu. Saya pun tak tahu menahu daripada mana cerita ini datang. Berita itu tidak sahih.
"Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang baik-baik untuk jodoh saya. Kita serahkan saja (soal jodoh) kepada Allah SWT.
"Hati saya tidak pernah tertutup untuk kembali mendirikan rumah tangga, Insya-Allah," katanya.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 di One World Hotel, Petaling Jaya, pada Khamis.
Kerap jadi gosip mungkin sebab solo
Tidak pasti bagaimana khabar angin tersebut timbul, Nana bagaimanapun menyifatkan telahan itu tersebar mungkin disebabkan statusnya yang sudah lama bergelar ibu tunggal.
"Saya pun tak pasti bagaimana spekulasi itu boleh timbul. Mungkin sebab saya sudah lama hidup solo.
"Macam itu lah... Kalau sudah lama solo ni, kita pasti akan sentiasa menjadi sasaran untuk digosipkan.
"Contohnya sebelum ini pun, saya ada juga digosipkan dengan beberapa artis lelaki. Malah banyak kali juga kenalan yang gurau dan tanya 'bila nak bagitahu sudah kahwin'?" ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Bidas Kenyataan Man Bai, Siti Nordiana Syukur Dapat Sertai GV - “Saya Banyak Peroleh Ilmu Daripada Juri & Guru Sepanjang Dalam…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Nak Kahwin Tapi…” - Tular Sarung Baju Pengantin, Siti Nordiana Mohon Maaf Jika Ada Yang Salah Faham
ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Jadi Anak Seni Jiwa Kena Kental” - Siti Nordiana Syukur Tak Pernah Dibuli, Artis Lama Lebih Suka Kongsi Ilmu
ARTIKEL BERKAITAN:“Kena Pantang, Dah Setahun Tak Minum Kopi” - Siti Nordiana Jaga Suara, Takut Masalah Lama Berulang
Terdahulu, Nana pernah bertemu jodoh bersama pelakon, Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, namun mereka perpisah pada 2009.
Dalam perkembangan lain, Nana baru sahaja melancarkan lagu raya solo pertamanya berjudul Hari Lebaran.
Lagu ciptaan Nana sendiri bersama Dian Rasid itu sudah pun menerima lebih 100,000 tontonan di YouTube selepas seminggu dimuat naik.