"Saya Pun Tak Tahu Mana Salah Saya" - Dayang Areeda Kecewa Nama Belum Popular
Amri Hassan
10/06/2021 08:57 MYT
10/06/2021 08:57 MYT
Bintang drama bersiri Derita Untuk Bahagia (DUB), Dayang Areeda mengakui kecewa apabila namanya masih belum cukup dikenali biarpun sudah enam tahun bergelar artis.
Jelas Dayang, 27, dia bagaimanapun tidak berputus asa dan masih meletakkan impian untuk terbang lebih tinggi pada masa akan datang.
"Sudah enam tahun saya berada dalam industri namun saya akui nama saya masih kurang dikenali, mungkin belum rezeki saya. Apa yang saya boleh buat sekarang hanya tunjukkan bakat saya dan teruskan usaha.
"Nak kata kecewa sudah tentulah kecewa sebab saya bermula dari bawah, sebagai pelakon tambahan hingga sekarang berjaya memegang watak utama.
"Saya pun tak tahu di mana salah saya, mungkin ada kekurangan saya yang saya sendiri tak sedar atau tak nampak dan saya lupa nak beri tetapi saya berharap lakonan saya dapat membuka mata ramai dan mengharga kerja keras saya selama ini," katanya kepada Gempak.
Anak jati Kudat, Sabah itu dalam masa sama teruja untuk menantikan respon daripada peminat drama bersiri Derita Untuk Awak yang baru memulakan tayangan sejak Isnin lalu.
Dalam drama terbabit, Dayang sekali lagi diberikan peranan sebagai pelakon antagonis bergandingan dengan Amar Baharin, Hafreez Adam dan Azar Azmi.
"Watak Intan pada asalnya seorang gadis yang baik dan lemah lembut namun konflik dengan keluarga dan rakan-rakannya mengubah dirinya menjadi seorang yang antagonis. Dia perlukan perhatian dan lebih mengeruhkan keadaan apabila mengetahui ibunya selama ini bukan ibu kandung.
"Untuk melakonkan watak antagonis tidak ada masalah sebab sebelum ini pun ada beberapa kali peranan sama diberikan kepada saya. Paling penting fahamkan skrip dan study karakter, sebagai seorang pelakon mesti buat apa saja watak dan sentiasa bersedia," tambahnya.
Derita Untuk Bahagia mengisahkan kehidupan gadis yang rajin dan yang membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran bernama Alisha.
Bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya. Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya.
Pergolakan berterusan apabila Alisha cuba mahu mencari keluarga kandungnya. Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha ditentang sehingga dia menemui kebenaran.
Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini menghantuinya?
‘Derita Untuk Bahagia’ bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 7 Jun 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.