Penyanyi Faizal Tahir akui rasa bersalah dengan isterinya yang banyak berkorban masa dan tenaga membesarkan enam orang anaknya selama dia sibuk dalam bidang muzik.

Menurut Faizal, 43, sudah tiba masanya dia berehat dan memberi komitmen lebih kepada keluarga sebelum terlambat.

“Sekarang ni saya banyak rasa bersalah pada isteri dan anak-anak kerana masa saya sebelum ini banyak diluangkan di tempat kerja.

“Sudah tiba masanya saya luangkan masa lebih pada anak-anak dan urusakan mereka selagi mereka masih kecil dan memerlukan saya.

“Sekarang pun saya sudah mula ambil alih tugas oisteri dengan membantunya apa yang patut serta meluangkan masa melihat kerja sekolah anak-anak di rumah,” katanya kepada Astro Gempak.

Faizal ditemui selepas pelancaran album Qibla bersama kumpulan Mirwana dan beberapa penyanyi lain, semalam.

BACA: "Burnout Is Real"- Perlukan Masa Bersama Keluarga, Faizal Tahir Berehat Panjang

Kata Faizal selama lebih berbelas tahun dalam industri dia akui terlalu letih dan mahu berehat selama lebih kurang tiga tahun.

“Orang tak nampak apa yang saya letih kan sangat sebaba jadi anak seni ni bukan kita kena angkat berat tetapi otak yang yang penat kerana terlalu banyak berfikir.

“Apa yang boleh saya kata saya penat dengan komitmen yang saya lalui selama ini, orang ingat saya masuk pejabat hanya buat lagu tapi banyak keputusan yang perlu saya fikirkan,” katanya lagi.

Qibla merupakan hadiah terkahir Faizal dan syarikat rakamannya Faithful Music sebelum berehat Panjang.

Lagu-lagu yang terdapat dalam album tersebut seperti Aku Tanpa Cintamu 2021 bersama Mirwana, lagu baru Syahadah dan rakamana semula Ceria Aidilfitri bersama dengan Zizi Kirana dan kumpulan Darmas.