,
Laman Utama

“The Burnout Is Real” - Perlukan Masa Bersama Keluarga & Diri Sendiri, Faizal Tahir Mahu Berehat Panjang

Azwa Rahman
19/04/2021
12:16 MYT
Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mengumumkan dirinya akan berehat panjang selepas hari raya Aidilfitri kerana mengalami masalah ‘burnout’ yakni keletihan fizikal dan mental yang disebabkan oleh tekanan berpanjangan.
Menerusi laman sosial Instagram, Faizal berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum.
“Saya bekerja tanpa henti sejak Assalamualaikum pada tahun 2015, Anatomi, Rojak, Qibla dan pelbagai lagi projek. Alhamdulillah, tapi saya dah kehilangan banyak tenaga - the burnout is real.
“Saya akan mengambil cuti panjang selepas raya. Saya perlukan waktu untuk bersama keluarga dan juga diri sendiri,” tulisnya menerusi hantaran terbaru.
Tambah Faizal lagi, dia masih berada di dalam industri seni dan akan aktif menulis dan menghasilkan lagu cuma bukan untuk dirinya sendiri.
Malah naib juara program realiti nyanyian One In A Million itu juga mengambil ruang tersebut untuk menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadapnya sepanjang perjalanan kariernya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama saya sepanjang perjalanan ini. Sama ada anda bersama saya sejak hari pertama atau baru sahaja menyokong saya, terima kasih daripada hati saya yang paling dalam,” tulisnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikut memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Faizal untuknya berehat.
“Jangan lama sangat ya bro, take care. Ramadan kareem,” tulis ustaz Fakhrul UNIC.
“Gonna miss you bapak,” kata Nabila Huda.
“All the best in your future undertakings abangku,” ujar Uyaina Arshad.
“Taking a break is good but continue doing what you do best FT,” sokong Catriona Ross.
“Jangan rehat lama-lama FT,” komen Nora Danish.
Sehingga kini, perkongsian Faizal itu telah mendapat hampir 30,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Hiburan

Faizal Tahir Bakal Kembali Dengan Album Baharu, Beri Sentuhan Berbeza Untuk Peminat - " Satu Album Yang Agak Lain Dari Kebiasaan "

gempak
03/11/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Faizal Tahir berkongsi dia bakal melancarkan album terbaharunya selepas tiga tahun tidak menghasilkan album penuh.
Hiburan

Ibu Faizal Tahir Meninggal Dunia - “Rehatlah Di Negeri Abadi Mama”

gempak
14/01/2024
05:09 MYT
Takziah diucapkan untuk Faizal Tahir
Laman Utama

Meninggal Dunia Kejar KPI, Ini Solusi Atasi Masalah Burnout Di Tempat Kerja!

gempak
23/11/2023
07:00 MYT
Cara atasi burnout
Laman Utama

Faizal Tahir Adakan Showcase, Lelong Barang Peribadi Demi Faith4Palestine - "Ini Bukan Acara Hiburan Semata-Mata"

gempak
10/11/2023
04:33 MYT
Faithful Music bakal menganjurkan Faith4Palestine
Unitar