“Saya Rasa Beruntung Jatuh Cinta Dengan Rakan Baik Sendiri” – Nadiyah Shahab

Mya Amri
Januari 21, 2018 14:44 MYT
Pelakon drama 'Lafazkan Kalimah Cintamu’, Nadiyah Shahab bersyukur kerana jatuh cinta dengan rakan baik sendiri.
Rakan baik dan juga bakal suami yang dimaksudkan oleh Nadiyah itu merupakan pelakon Ben Ali.
Nadiyah menyatakan perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya pada Jumaat.
Kapsyen tersebut disertakan dengan foto yang merakamkan detik bahagia Nadiyah bersama Ben Ali sewaktu majlis pertunangan mereka.
Menerusi ruangan komen foto itu juga, pengikut IGnya meluahkan rasa tidak sabar mahu melihat Nadiyah berkahwin selain mengucapkan tahniah.
Selain Nadiyah, drama karya Siti Rosmizah arahan oleh Along Kamaludin terbitan SR One Sdn Bhd itu, menampilkan Farid Kamil, Nelydia Senrose, Azri Iskandar, Liza Abdullah dan ramai lagi.
Saksikan Lafazkan Kalimah Cintamu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Foto: Instagram @nadiyah.shahab, @ben1i
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Pelakon #Ben Ali #Nadiyah Shahab