Hiburan

"Saya Rasa Ini Adalah Masa Yang Terbaik Untuk Mempunyai Anak" - Izara Aishah

gempak
Zulaikha Yusof
08/10/2019
12:30 MYT
Sponsor Banner
"Saya Rasa Ini Adalah Masa Yang Terbaik Untuk Mempunyai Anak" - Izara Aishah
Pelakon Izara Aishah mendedahkan sudah bersedia untuk mempunyai cahaya mata bersama suami, Muhammad Adib Khalid.
Menurut IzaraF sebelum ini dia terlampau sibuk dengan kerjaya yang perlu diberi tumpuan sepenuhnya.
"Saya dan Adib sudah lama bersedia untuk mempunyai anak sendiri cuma masa tidak mengizinkan.
"Sebelum ini, saya sibuk dengan kerjaya, sekarang ini sudah tidak ada komitmen yang perlu ditumpukan. Jadi saya rasa ini adalah masa yang terbaik.
"Sekarang ini saya hanya ingin berehat dan memberi fokus kepada keluarga.
"Saya sendiri sudah bersedia untuk mempunyai cahaya mata pada bila-bila masa sahaja, Insya-Allah," katanya kepada HLive.
Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live