Berita
“Saya Rasa Puas Hasilkan Bau Yang Saya Suka...”- ‘Rare’, Linda Onn Dedah Hobi Barunya!
Penyampai radio, Linda Onn mendedahkan dia mempunyai hobi baru dan unik sejak beberapa bulan lalu.
Hobi baru Linda adalah menghasilkan minyak wangi sendiri di rumah.
“Inilah hobi Linda yang selama ni Linda tak pernah share kepada umum iaitu buat minyak wangi.
“Perfume Linda ni..oud adalah bahan yang wajib ada. Minyak oud asli ni sangat mahal..beribu ringgit Malaysia harga dia. Linda rasa puas bila Linda dapat buat sendiri dan hasilkan bau yang Linda suka..bau mahal.
“Lepas Linda sendiri buat minyak wangi, baru Linda tau kenapa wangian yang ada oud ni harganya memang mahal. Ini oud asli ya..bukan synthetic,” kongsinya.
Linda berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Linda memuat naik video yang menunjukkan koleksi campuran bauan miliknya untuk menghasilkan minyak wanginya sendiri.
Menurut Linda buat masa ini dia hanya hasilkannya untuk kegunaan sendiri tetapi bakal membuka tempahan jika dia sudah bersedia.
“Boleh je kalau korang nak pakai sama wangian dengan Linda. Semua ni resipi Linda 100%. Handmade. So far Linda belum jual lagi. Nanti Linda bukak order. Nak?
“Video ni panjang sikit..selamat menonton! Dan...stay at home ikut arahan Perdana Menteri,” katanya lagi.
Linda kini banyak meluangkan masa demi mengikut arahan kawalan pergerakan oleh kerajaaan.
Must-Watch Video