Hiburan

"Saya Reda, Tapi..." - Che Ta Rugi RM50,000 Ditipu 'Datuk'

Amri Hassan
13/10/2017
04:03 MYT
Pelakon Rozita Che Wan mendedahkan dia kerugian RM50,000 kerana ditipu oleh seorang usahawan berpangkat Datuk tahun lalu.
Kata Rozita atau lebih popular disapa Che Ta, individu berkenaan juga pernah menipu urusan pengeluaran minyak wangi pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sebelum ini.
Akibatnya, janji manis itu terkubur apabila minyak wangi jenama Precious yang dijanjikan kepada Che Ta tidak dapat disiapkan.
"Tak sangka pula orang yang saya sangat percaya boleh menipu saya. Saya reda, tetapi saya percaya doa orang teraniaya akan dimakbulkan Allah.
"Orang suka menipu hidup tak akan tenang! Yang saya terkilan, dia boleh pula menukar kereta mewah baharu selepas lesapkan duit orang.
"Walaupun tak ada dokumen hitam putih tetapi saya masih menyimpan segala bukti pembayaran.
"Hilang sekelip mata RM50,000 Allah gantikan dengan rezeki lain pula," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Pakej Umrah bersama Cheta dan Zain Saidin di bawah syarikat agensi pelancongan Imtiyaz Travel and Tours di Flora Terrace, Kuala Lumpur semalam.
Selepas kejadian itu, Che Ta mengambil keputusan untuk menukar pengilang minyak wangi baharu.
Dalam pada itu, Che Ta bersama suami, Zain Saidin, dan anak, Aaisyah Dhia Rana, merancang untuk membawa 20 anggota keluarga ke Mekah pada Januari depan bersama agensi kembara berkenaan.
Program umrah bersamanya itu turut membuka penyertaan kepada peminat dan orang awam.
Maklumat lanjut di www.imtiyaztravel.com.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @rozitachewan1
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.