Berita
“Saya Rindu Hendak Berlakon, Tapi...”- Faralyna Idris
Pelakon Faralyna Idris akui rindu hendak kembali berlakon semula selepas beberapa tahun meninggalkan karier tersebut.
Namun Faralyna berkata hasrat tersebut perlu disimpan terlebih dahulu kerana dia kini menjaga sepenuhnya kedua-dua anaknya, Fira Anggun, 4, dan Fira Ayu, 1.
“Sebenarnya saya rindu hendak berlakon semula sebab dah lama sangat saya tinggalkan dunia lakonan.
“Tapi saya perlu sedar diri juga kerana sekarang ini saya ibu kepada dua orang anak yang masih kecil dan perlukan perhatian.
“Sekarang ni kami tiada pembantu dan saya yang buat kerja rumah serta uruskan anak-anak. Jadi pergerakan itu susah sedikit.
“Pernah sekali saya terima tawaran berlakon ketika anak seorang dan saya telah membawa Anggun ke set. Kasihan juga sebab dia penat menunggu di set dengan agak lama,” katanya kepada Gempak.
Faralyna ditemui ketika majlis buka puasa anjuran Lancome yang diadakan di pusat membeli belah, Sogo baru-baru ini.
Pun begitu, Faralyna berkata dia akan kembali berlakon jika anak-anaknya sudah sedikit besar dan pandai membawa diri.
“Insya-Allah jika diberi peluang saya mahu berlakon selepas anak-anak pun besar sedikit dan boleh ditinggalkan,” katanya lagi.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014.
Must-Watch Video