Berita

Saya Rindu Nak Sambung Belajar, Tapi Masa Tidak Mengizinkan - Janna Nick

Rozaimi Zubaidi
12/10/2017
05:04 MYT
Pelakon Janna Nick mengakui telah lama menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.
Menurut Janna, buat masa sekarang dia terpaksa melupakan sebentar hasratnya itu kerana sibuk menguruskan kerjaya seninya sebagai seorang pelakon.
"Sejujurnya, jika ditanya apa yang saya paling rindukan, perkara tersebut adalah peluang untuk bergelar seorang pelajar semula.
"Namun begitu, buat masa sekarang, masa tidak mengizinkan saya untuk belajar kerana sibuk dengan kerja.
"Jika boleh saya mahukan kursus yang fleksibel kerana sekurang-kurangnya saya boleh mengimbangkan antara kerjaya dan pelajaran.
"Rasanya tak mustahil untuk saya cuba dan kalau boleh saya mahu menyambung pengajian dalam bidang perniagaan kerana saya memang minat untuk berniaga," katanya kepada Astro Gempak.
Janna berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian dan memperkenalkan duta produk Cassandra Beauty Dust, di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Janna kini memiliki sijil pengajian asasi dalam bidang pengurusan perniagaan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.
Bercerita mengenai pelantikan sebagai duta Cassandra Beauty Dust, Janna berkata, dia bersyukur kerana diberikan kepercayaan dan kagum dengan keberkesanan produk itu dengan dirinya.
"Saya tidak akan sesekali menerima tawaran menjadi duta jika produk itu tidak bagus dan saya mengakui produk ini amat berkesan selepas menggunakannya," ujarnya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.