Hiburan

“Saya Risaukan Dia” - Zizan Razak Dedah Status Hubungannya Dengan Hawa

gempak
Hanafis Haris
21/07/2020
07:32 MYT
Sponsor Banner
“Saya Risaukan Dia” - Zizan Razak Dedah Status Hubungannya Dengan Hawa

Pelakon dan pelawak Zizan Razak meluahkan rasa bimbangnya terhadap kerjaya pembaca berita popular Hawa Rizwana Redzuan apabila sering digosipkan dengan dirinya.

Menurut Zizan, keakraban dia dan hawa yang sering berbasikal telah mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi netizen.

Bagaimanapun, Zizan menjelaskan dia hanya menganggap Hawa tidak lebih seperti seorang adik.

“Pada saya Hawa seorang anak yang sangat baik, adik yang sangat konsisten dengan kerja dan fokus dengan kerja yang dibuat.

“Saya pun tak tahu kenapa saya dengan Hawa digosipkan, mungkin sebelum ini saya mengusik-ngusik dia ketika ditemu bual orang sebuah portal.

“Saya menganggap dia seperti adik saya sahaja, tidak lebih daripada itu, katanya.

Zizan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk Wholly Fitz yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Zizan lagi, dia tidak mahu orang ramai anggap dia dan Hawa mempunyai hubungan yang istimewa hingga boleh memberi impak kerjaya 'adiknya' itu.

“Jadi, saya risau pada orang-orang di luar sana yang anggap kami ada apa-apa dan ia menjadi satu spekulasi yang boleh membawa kepada benda yang tidak baik.

“Saya risaukan kerja dia, kerjaya saya. Saya cerita perkara ini supaya semua orang faham yang kami ini seperti abang dan adik.

“Dia (Hawa) terlalu muda dan saya nak dia bekerja dan bekerjaya dengan baik terlebih dahulu,” katanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live