Hiburan

"Saya Sangat Gementar... Harap Tak Kena Kecam" - Hafidz Roshdi Gugup Terima Tawaran Filem Pusaka

gempak
Kamaruddin Razal
21/10/2019
15:08 MYT
Sponsor Banner
"Saya Sangat Gementar... Harap Tak Kena Kecam" - Hafidz Roshdi Gugup Terima Tawaran Filem Pusaka
Pelakon Hafidz Roshdi mendedahkan dirinya gugup ketika menerima tawaran untuk membintangi filem Pusaka.
Jelas Hafidz yang membawakan karakter sebagai anggota polis bernama Luqman, perasaan itu timbul apabila dia membaca skrip filem tersebut.
"Ketika saya membaca dan menyemak skrip selepas diberikan tawaran, saya rasa gugup kerana watak ini memerlukan saya untuk membaca ayat-ayat al-Quran.
"Perkara terbabit tidak boleh main-main, saya harus membacanya dengan tepat. Perkara itulah yang membuatkan saya sangat gementar," jelasnya.
Hafidz ditemui usai majlis tayangan perdana filem Pusaka di MBO Cinemas, The Starling Mall, Damansara baru-baru ini.
Tambah Hafidz, perkara itu berbeza dengan dialog biasa dan dia berharap agar bacaannya tidak dikecam.
"Sebagai contoh, jika saya berdialog dengan Syafiq, itu sudah biasa tetapi ketika mahu membaca ayat-ayat al-Quran, perkara itu sedikit membuatkan saya takut.
"Saya berharap saya telah membacanya dan menyampaikannya dengan betul. Saya harap bacaan saya tidak dikecam dan semua orang faham maksudnya, serta dapat 'feel' yang mahu disampaikan itu," katanya lagi.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live