,
Hiburan

Enggan Ambil Pusing Soal Kontroversi Konsert, Wani Kayrie Hanya Mahu Buat Persembahan - "Selepas Mengetahui Berita Itu Saya..."

Asyraf Roslan
16/11/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Wani Kayrie akui dia terkejut selepas Stacy mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada konsert Sumandak Stars.
Meskipun ia satu berita yang tidak sedap untuk didengari, sebagai salah seorang individu yang menjayakan konsert itu, dia hanya mahu menjalankan tugasnya sebagai penyanyi .
“Sejujurnya saya terkejut, sebab saya mengidolakan Stacy, Marsha, Adira dan semua memang penyanyi senior yang lebih berpengalaman daripada saya.
“Dan bila dapat membuat persembahan bersama dengan mereka ia adalah satu peluang yang sangat bagus buat saya dan sudah tentu saya teruja.
“Namun selepas mengetahui berita itu saya rasa tidak best sebab kita semua dari negeri yang sama. Tapi apa yang saya boleh katakan yang saya tidak mahu terlibat dengan kontroversi yang sedang berlaku dan hanya mahu lakukan tugas saya dan teruskan kerja saya sebagai penyanyi,” ujarnya Wani.
Pada masa sama, Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah,24, juga memberitahu dia sangat teruja menerima tawaran ini kerana konsepnya yang mengabungkan penyanyi dari Sabah.
Namun pelantun lagu Aiman Tino itu tidak mengetahui konsert tersebut mempunyai nama lain.
“Pada mula saya menerima tawaran ini saya rasa sangat terharu kerana barisan artis yang terlibat semuanya dari Sabah.
“Saya memang tahu mengenai konsert ini namanya adalah konsert Sumandak Stars dan tidak tahu menahu nama yang sebelum itu,” Kata Wanie kepada Gempak.
Terdahulu, penyanyi Stacy membuat keputusan untuk menarik diri daripada terlibat dengan Konsert Sumandak Stars kerana difahamkan pihak penganjur tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penyanyi itu. Sekadar info, Konsert Sumandak Stars menampilkan penyanyi-pemyanyi kelahiran negeri di bawah bayu termasuklah Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, dan Didi Astillah.
Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 30 November depan di Zepp Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

‘Misha Omar Back To Basic Showcase’ Bakal Ubati Kerinduan Peminat - “Sebagai Penghibur Yang Sudah 2 Dekad…”

gempak
15/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi bersuara emas Misha Omar bakal mengubat kerinduan peminatnya menerusi ‘Misha Omar Back To Basic Showcase’ yang akan berlangsung pada 21 Disember ini di Odeum At JioSpace Petaling Jaya.
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Peraduan

Menangi Tiket ke Muzikal Lawak Superstar musim 4 minggu PENTAS AKHIR

gempak
13/11/2024
14:42 MYT
Siapa nak pergi ke Menangi Tiket ke Muzikal Lawak Superstar musim 4 Pentas Akhir Secara Percuma? Memang best!
Terkini

Isu Pembatalan Konsert, Tomok Nasihat - “Kena Tahu Latar Belakang & Pengalaman Pihak Penganjur”

gempak
13/11/2024
13:17 MYT
Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz, Tomok, 40, menasihatkan setiap penyanyi yang ingin mengadakan konsert harus tahu tentang latar belakang pihak penganjur.
Unitar