Pelakon, Aidit Noh mengakui karakter yang dibawa dalam naskhah drama Isteri Halal sebagai suami curang merupakan antara cabaran terbesar baginya.

Disebabkan mempunyai beberapa adegan mesra, Aidit menegaskan untuk melakonkan watak tersebut dia akan berbincang lebih dulu dengan pasangan pelakonnya, Uqasha dan juga pengarahnya, Uchee Fukada supaya tidak melampaui batas kerana masing-masing sudah berkahwin.

“Pada awalnya, saya menerima tawaran watak Zayn ini kerana pihak produksi, Radius One memaklumkan ia karekter putih dan baik.

“Bagaimanapun, dengan 'plot twist' diolah, Zayn itulah sebenarnya yang tidak baik kerana berlaku curang kepada isterinya, Adellea.

“Bagi menjaga dan menghormati status kami yang sudah berkahwin, saya tidak menyimpan langsung nombor telefon Uqasha, apa lagi pernah menghatar mesej WhatsApp kepadanya.

“Apabila dirumah, saya biasanya tak sentuh telefon langsung dan fokus kepada keluarga saja.

"Sebagai suami, apa lagi karier saya seorang selebriti, saya sangat menjaga kepercayaan isteri.

“Naluri seorang isteri itu sangat kuat dan apabila kepercayaan diberikan sudah 'pecah', ia tak bermakna lagi.

“Walaupun masih hidup bersama, kebahagiaan itu pasti dah berubah. Saya perlu menjaga perkahwinan kami," jelasnya.

Aidit berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Isteri Halal bertempat di Z Botanica by Nicsmann di One Utama, Petaling Jaya pada Khamis.

Malah kata Aidit, dia memang memberitahu isterinya, Nur Atiqah Hanani mengenai segalanya dengan jujur dan wataknya itu hanya dilakukan atas dasar kerja.

"Watak Zayn ini sangat berat kerana perlu melakokan babak mesra. Malah, isteri saya juga ada mempersoalkan bagaimana mendalami watak itu yang memerlukan perasaan berikutan sebelum ini kami tahu berkaitan isu ada 'affair' yang berlaku di set penggambaran.

"Saya memang jujur dengan isteri dan memberitahunya, kami berlakon secara profesional dan berpegang teguh dengan niat dihati hanya bekerja saja.

“Segala kemesraan saya bersama Uqasha Senrose hanya di set penggambaran saja dan tidak dibawa hingga keluar atau balik rumah," tegasnya.

Selain Aidit, drama arahan Uchee Fukada serta terbitan Radius One itu turut menampilkan beberapa pelakon lain seperti Uqasha Senrose sebagai Eyra, Isyariana (Adellea) dan Nazim Othman (Daniel).

Terdahulu, industri hiburan sering dikejutkan dengan isu kecurangan yang muncul bersilih ganti sejak enam bulan lalu dengan membabitkan beberapa pasangan selebriti.

Isteri Halal akan ditayangkan bermula 27 Februari, setiap Ahad, jam 6 petang secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang fleksibel, drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

Sinopsis:

Isteri Halal menceritakan kisah hidup Adellea yang meninggalkan keluarganya untuk berkahwin dengan Zayn, seorang lelaki daripada keluarga miskin.

Perkahwinan mereka memisahkan Adellea daripada keluarganya, namun keuzuran ibu bapanya membawa Adellea pulang untuk menjaga mereka. Dalam masa sama, Zayn yang mula terabai tewas dengan godaan Eyra.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.