Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

Umirah Halim
02/09/2024 23:55 MYT

Enggan memanjangkan isu, pempengaruh Abang Tesla merayu kepada orang ramai agar berhenti ‘menyerang’ kedua-dua isterinya dengan kata-kata negatif.

Malah dia turut sedia memikul tanggungjawab atas semua kesilapan yang dilakukan.

“Saya harap netizen kalau nak serang nak melemparkan kata-kata kesat boleh lemparkan pada saya sahaja. Semua salah datang dari saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Kedua Didakwa Mahu Bolot Harta, Ini Respons Abang Tesla - “Saya Dah Sorokkan Kelahiran Anak..”

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Tesla Dah ‘Fed Up’ Main Media Sosial - “Yang Jadi Batu Api Punca Keretakan Rumah Tangga Lebih Baik Bertaubat”

“Dan jangan serang wife no.2. Sebab dia dalam pantang lagi. Dan teruskan memberi kata-kata yg positive pada kak maj.

“Saya merayu untuk serang saya sahaja. Saya betul-betul merayu untuk lemparkan kesalahan tu pada saya sahaja," katanya.

Henti serang mental isteri

Menerusi perkongsian yang sama, Abang Tesla turut menyatakan dia sanggup melakukan apa sahaja yang termampu asalkan kesihatan mental isteri-isterinya tidak diganggu.

“Dan saya sanggup bersujud untuk mintak maaf kalau saya menyakitkan hati kalian. Saya sanggup buat apa sahaja janji korang tak ganggu mental mereka berdua,” tulisnya lagi.

Terdahulu, kecoh apabila isteri pertama kepada Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari mendakwa dirinya telah dihina oleh keluarga madunya, Nursyafiqa Mohd Hanafi.

Sementara itu, Abang Tesla turut menggesa semua pihak agar berhenti menabur fitnah kerana ada yang mahu melaga-lagakan kedua-dua isterinya.

Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi pada Ogos tahun lalu.

Menurut Abang Tesla dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.

#Isteri #Pantang #maaf #Mental #Tesla #Harta #Abang Tesla #sujud