"Saya Sangka Muka Cantik Putih Macam Gadis Korea Tetapi ..." - Nadya Syahera Fobia Buat Sulam Bedak
Zulaikha Yusof
15/12/2019 22:02 MYT
15/12/2019 22:02 MYT
Aktres Nadya Syahera berkongsi pengalaman melakukan rawatan sulam bedak pada kulit wajahnya.
Jelas Nadya dia berpendapat wajahnya akan cantik serta merta sejurus usai rawatan tersebut.
"Ya mungkin ada yang tak pernah dengar dan mungkin ada juga yang cakap kenapa buat sulam bedak?
"Alkisahnya sebelum raya haji, saya tengok orang buat sulam bedak sana sini dan saya ingatkan boleh cepat cun lah, macam bangun pagi muka dah cantik.
"Tapi dipendekkan cerita, saya pun pergilah buat sulam bedak salah sebuah spa di Shah Alam.
"Tanpa banyak tanya, saya pun masuk ke dalam bilik untuk buat rawatan. Proses itu dalam 10 minit," tulis Nadya.
Namun, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu memberitahu kulitnya berubah menjadi kusam dan berjerawat.
"Saya sangka muka sudah cantik putih macam gadis Korea tapi malangnya tidak!
"Sumpah, saya keluar dari spa itu muka saya kusam! Tapi saya bersangka baik lagi, mungkin esok cantik.
"Tapi tidak! Berterusan dengan kulit kusam dan bermulalah episod naik jerawat.
"Selepas beberapa bulan saya rasa kecewa dengan kulit saya sampai di set penggambaran pun jurusolek artis bising muka jadi teruk," tambahnya.
Nadya kemudiannya mendapatkan khidmat detoks dan mencuci dari dalam kulit dan terpaksa berpantang solek selama tiga hari.
Nasihatnya agar orang ramai jangan sewenang-wenangnya membuat rawatan wajah yang pelik hingga boleh memudaratkan diri kemudian hari.