Pelakon Nadiyah Shahab mengakui terkejut apabila perniagaannya, produk Absolut Chocolat bersama suami, Ben Ali menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Menurut Nadiyah, walaupun dia dan suaminya menerima kecaman daripada orang ramai kerana dianggap menggunakan kroni untuk melariskan perniagaan namun Nadiyah terkejut apabila sebaliknya yang terjadi.
"Saya sangka orang tidak akan menyokong produk kami selepas isu ini menjadi tular tapi apa yang terjadi sebaliknya.
"Kami menerima banyak respon positif daripada orang ramai selepas apa yang berlaku dan lebih ramai yang membeli produk kami itu.
"Mungkin ramai beranggapan kami mengambil jalan mudah tapi mereka tidak tahu kesusahan yang dihadapi oleh suami yang berjumpa dengan orang ramai bagi memasarkan produk itu.
"Saya boleh katakan bukan mudah sebenarnya perniagaan kami dan apa yang diperolehi sekarang ini adalah usaha keras yang dilakukan oleh Ben selama ini," katanya kepada Gempak.
Nadiyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem terbitan Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Selain Nadiyah, telefilem Saya Jual Ye Bang turut menampilkan Uqasha Senrose, Zizan Razak, Idris Khan dan Datuk AC Mizal.
Telefilem Saya Jual Ye Bang, akan menemui penontong menerusi Astro First Eksklusif (saluran 480) dan platform digital ‘On Demand’, mulai 14 Mac ini.